Friday, May 15, 2015

Pantun Nasihat Ikan Sebarau

Ikan sebarau berenang-renang
Di air telaga melompat menari
Kalau hidup bersenang-lenang
Kenapa cuba memudaratkan diri

Di air telaga melompat menari
Ikan kalui dan si ikan toman
Kenapa cuba memudaratkan diri
Berkelahi dengan rakan dan taulan

Ikan kalui dan si ikan toman
Turun bermain si anak naga
Berkelahi dengan rakan dan taulan
Lambat laun terasa sengsara

Copyright 2015 © ninotaziz
All Rights Reserved

Saturday, June 7, 2014

NAGA - PREBIU VIDEO

NAGA ialah satu novel hasil karya ninotaziz yang menjangkau tiga alam dari dunia purba - Kerajaan China di zaman Dinasti Tang, Nagara dan Semenanjung Tanah Melayu. Ia adalah kisah tiga pengembara, Sri Gemom, Srikandi dan Kemboja. Bagaimana qada' menentukan arus perjalanan dunia masing-masing yang tertumpu kepada saat yang akan menggemparkan tamadun purba. Lebih daripada itu, berlatar belakangkan ilmu kesaktian dan sihir, terserlah satu saga kehidupan yang tragis. Namun sinar kesetiaan membawa ketulusan dan kegemilangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau pembelian novel unik
NAGA - A Legend of Tasik Chini, sila layari:

Saturday, September 21, 2013

HIKAYAT DISENARAI PENDEK UNTUK ANUGERAH BUKU PNM-RTM 2013







HIKAYAT - From The Ancient Malay Kingdoms telah disenarai pendek until Anugerah PNM-RTM 2013. Pengundian diteruskan sehingga 28 hb September 2013.

Saya kongsikan bersama video HIKAYAT oleh pengacara Resensi, Sayed Munawar.

Sebenarnya, saya berasa sangat teruja dan bersyukur Hikayat mendapat tempat di senarai ini.
TOP 10 List so far: 1 Contengan Jalanan / Hlovate 2 I love you, stupid! / Melur Jelita 3 Hikayat : From The Ancient Malay Kingdoms / retold by ninotaziz 4 Cinta high class & cintaku kerana agamamu / Fatimah Syarha, Farhan Hadi 5 Cucur bawang & kopi 'o' / Hasrudi Jawawi 6 Hingga hujung waktu / Saidee Nor Azam 7 My precious Iris / Melur Jelita 8 Kembara sastera Nisah Haron : United Kingdom dan Dublin / Nisah Haron 9 Berjuta warna pelangi / Iris Ixora 10 Kuasa kata : dari lisan mengalir ke lautan aksara / sebuah memoir Mahaya Mohd. Yassin Title : Hikayat - From The Ancient Malay Kingdoms ISBN : 978-967-61-2540-8 Penulis - ninotaziz http://www.pnm.gov.my/anugerahbukupnm-rtm/pencalonan.php

Ribuan terimakasih yang tidak terhingga.








Friday, July 19, 2013

Dari Hikayat Malim Deman - Tetak Seranting




Tetak seranting buatkan kolek
Buat pagar bunga di taman
Tuanku putera yang kecil molek
Putera Tuanku Malim Deman

Buat pagar bunga di taman
Ikat dengan rotannya getah
Putera Tuanku Malim Deman
Seisi negeri menjunjung titah

Ikat dengan rotannya getah
Terum dengan gembalanya
Seisi negeri menjunjung titah
Senyum dengan tertawanya

Terum dengan gembalanya
Sukat jarum bergantang-gantang
Senyum dengan tertawanya
Keturunan dari Bukit Si Guntang

Sukat jarum bergantang-gantang
Pisau kecil jadi peraut
Keturunan dari Bukit Si Guntang
Asalnya keluar dari laut

Pisau kecil jadi peraut
Padi pulut rendangkan bertih
Asalnya keluar dari laut
Berpayung iram bergajah putih

Padi pulut rendangkan bertih
Daun sepenuh tepung tawar
Berpayung iram bergajah putih
Asal keturunan raja Muar

                                 The son of Tuanku Malim Deman of Muar, a true and royal descendant …
                     Of the kings of Bukit Si Guntang, from the sea on a white elephant.

Friday, June 14, 2013

Dari Pulau Pandan ke Inderapura



Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang juga

Gunung Daik bercabang tiga

Itu rahsia naga keramat

Budi yang baik dikenang juga

Rahsia Melayu kekal beradat

Itu rahsia naga keramat
Duduk bertapa di Inderapura
Rahsia Melayu kekal beradat
Maruah bangsa terpelihara

ninotaziz, 14.6.2013

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Rudy, Ninot
Iman, Inas, Irani, Ilena and Little Ikesha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails