Sunday, March 13, 2011

Syair Malim Dewa

Suatu Kisah zaman dahulu
Duduk bersemayam seorang ratu
Hatinya gondah, rawan dan pilu
Belum berputera duli tuanku

Tuanku Gombang Malim Permata
Sungguh inginkan seorang putera
Menyambung zuriat menaikki takhta
Berkaul, berdoa mengharap cita

Dengan izin yang maha kuasa
Permaisuri bersalin seorang putera
Parasnya indah tiada terkira
Dinobat waris seberapa segera

Baginda ke Mekah menghamba diri
Tinggal Permaisuri seorang diri
Di Bandar Muar bersama Menteri
Mendidik Putera memerintah Negeri

Tuanku Gombang Malim Dewa
Sungguh bijak mentadbir negara
Terkenal di seluruh nusantara
Adil saksama banding tiada

Suatu malam baginda bermimpi
Seorang alim menjelma diri
Baginda di suruh mencari isteri
Si Burung Bayan membantu nanti

Setelah bersiram, baginda bersantap
Kemenyan Mendong Jati di asap
Menjemput Bayan datang mengadap
Mengalun lagu tersangat sedap

Si Kembang Cina menabur beras
Beras di tabur di dulang emas
Bayan pun turun sayap di kemas
Baginda bertitah memberi tugas

Melayang pergi bayan budiman
Mencari puteri paling rupawan
Seluruh negeri hingga kayangan
Andam Dewi jadi sasaran

Datanglah khabar Si burung Bayan
Bertemu sudah emas tempawan
Kuala Air Batu tempat kediaman
Sayang Negara tidak keruan

Maharaja Pertukal ampunya angkara
Inginkan puteri, tak dapat disangga
Pinangan ditolak paduka adinda
Raja Bongsu putera mahkota

Geroda di hantar menderu deru
Negeri di serang bertalu talu
Mangkat sudah Raja Bongsu
Puteri bersembunyi di tiang seribu

Bayan mencari merata-rata
Akhir bertemu Puteri gahara
Disembah Bayan cincin diraja
Dibalut pula selendang sutera

Datanglah khabar Si burung Bayan
Bertemu sudah Puteri rupawan
Segera disusul Tuanku yang rawan
Selamatkan Puteri sebelum tertawan

Maharaja Pertukal mesti dihadang
Rancaknya perang di medan gelanggang
Berlawan ilmu, sihir dan pedang
Akhirnya Maharaja tersungkur kecundang

Malim Dewa dan Andam Dewi
Bagai cincin pulang ke jari
Ditabal Puteri bergelar Permaisuri
Hidup aman damai sejati…


Hasil nukilan ninotaziz, 10hb Mac 2011
Hakcipta terpelihara 2011 @ ninotaziz

9 comments:

Wan Sharif said...

I felt like old time.. reading syair, hikayat.. and listening to syair by Late Datin Rafeah Buang - radio Singapura.. those day belum ada TV di pulau Duyong. Tak ada letrik sebenarnya, ha ha
P.S. this syair you karang sendiri ke atau you got from somewhere?..

ninotaziz said...

Ayoh Wang,
Shair karang sendiri!

Wan Sharif said...

Sublime effort.. Congrats Ninot!

ninotaziz said...

Edited by my magnificent Mum, Puan Kamariah Jaafar who is writing the Malay comedic stories on my next book - 366 Legends of Asia.

Lee said...

Hi Nino, love your pantun.
Best regards, Lee.

ninotaziz said...

Thank you Uncle Lee for dropping by! I am really really glad you liked it.

nhn said...

Kemas dan teliti susunan syair. Sukukata seimbang dan asonasinya lembut merdu di telinga.

Menarik sungguh bicara kata tak berhenti saya membaca.

ninotaziz said...

Saudara Nuar,
Sungguh terharu saya membaca ucapkata yang memberi semangat kerana saya baru mencuba menulis syair

Thank you from the bottom of my heart.

ninotaziz said...

Dear Nuar,
Thanks for dropping by. You like Haruki Murakami! that puts you on top of many list.

Terimakasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails