Wednesday, July 14, 2010

Bunga Kantan



Bunga kantan dari Semantan
Daun lengkuas dari Jeli
Berputik kenangan istana kayangan
Setelah puas menyepi diri

Daun lengkuas dari Jeli
Jantung pisang hujungnya patah
Setelah puas menyepi diri
Patek datang menjunjung titah

Jantung pisang hujungnya patah
Ulam Raja tumbuh di sawah
Patek datang menjunjung titah
Raja adil terus di sembah

Raja zalim patek kan sanggah...

4 comments:

Wan Sharif said...

Salam Ninot,
Terima kasih kerana berkongsi..
dah lama tak dengar/baca pantun pantun berkualiti..
bunga kantan ni bagi kami sekeluaraga untuk jadilkan ulam untuk laksa dan laksam..
malangnya tak berapa sesuai nak ajak kawan kawan blogger.. noting my wife's affinity(?) towards MSG..

ninotaziz said...

Ha!Ha! This bunga kantan is straight from our garden. Hubby uses one or two stalks every week to decorate his office.

Anak ramai, so we cannot use MSG!

Thank you for your support, as always.

Aishah said...

Cantik pantun, penuh bermakna :) Cantik bunga kantan. I tried plant them once in a pot, tak menjadi.

ninotaziz said...

Dear Aishah,

Assalamualaikum. I planted kantan in a pot too. But the pot broke as the roots were very forceful. It seems they only flower on the ground.

Thank you for being here. Working up a pantun on mother nature...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails